Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Murid telah diagihkan kumpulan bagi menyiapkan beberapa projek termasuklah reka cipta dan kerja kayu.
Reka cipta merupakan tugasan yang diberi kepada murid untuk melihat daya kreativiti mencipta suatu yang boleh dimanfaatkan menggunakan bahan-bahan kitar semula.
Kerja kayu pula juga diberikan kepada murid secara kumpulan dan diberi kebebasan untuk murid berfikir suatu projek berdasarkan kayu-kayu serta papan lapis yang telah diberi.
Murid dinilai dari segi kreativiti, inovasi, dan kerjasama antara rakan. Markah bagi kedua-dua projek ini akan di nilai PKSR 1 nanti.
Diharapkan murid dapat menyiapkan tugasan yang diberi serta menghantar tugasan tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.
Isnin, 25 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan