Cara terbaik menggunakan zoom-a untuk lebih berkesan dan bagi mengelakkan rasa bosan adalah seperti:
1. Menetapkan waktu pengggunaan dengan menyediakan jadual seterusnya patuh pada jadual yang telah dibuat sebagai contoh peruntukkan 1 atau 2 jam sahaja sehari untuk penggunaan zoom-a dengan menetapkan satu hari 1 mata pelajaran.
2. Pastikan anda jujur pada diri sendiri dengan memastikan segala jawapan yang diberi tidak dibincangkan dengan sesiapa.
3. Sediakan pensil dan kertas kosong untuk menjawab soalan matematik, sekali lagi anda perlu bersikap jujur dengan mengelakan diri daripada menggunakan kalkulator atau mesin kira-kira.
4. Pilih kemahiran yang masih tidak dikuasai dengan baik dan pilih aras yang bersesuaian dengan diri anda ketika menyediakan soalan untuk diri sendiri.
5. Sentiasa menjawab soalan atau ujian yang disediakan dengan hati yang ikhlas dan rendah diri kerana tuhan tidak suka pada hambanya yang bongkak.
6. Semak jawapan dan jangan terlalu yakin dan sentiasa menganngap latihan yang diberi dalam zoom-a ini seperti peperiksaan sebenar.
7. Sebelum menjawab ujian yang telah guru sediakan, pastikan anda bersedia dengan masa yang secukupnya untuk menjawab. Biasanya ujian akan ditamatkan dalam tempoh seminggu. Jadi murid boleh merancang masa untuk menjawab.
Selamat Mencuba, Semoga Berjaya..
Rabu, 27 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan