Tarikh : 23 Januari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8 Pagi
Tempat : Dewan Blok D, SK Setiawangsa
Ke Arah Kecemerlangan UPSR 2010 satu majlis khas telah diadakan seperti makluman di atas. Alhamdullillah program yang dirangka tersebut berlangsung dalam keadaan baik dan berjaya melahirkan pelbagai pandangan daripada ibubapa untuk bersama-sama melihat anak-anak berjaya dalam UPSR pada tahun 2010 ini.
Dalam majlis tersebut agenda dimulakan dengan Ucapan Tn. Hj. Ruslan Madon merangkap Guru Besar SK Setiawangsa dan diikuti pula oleh Dato' Elli Hj. Mohd Tahir selaku YDP PIBG SK Setiawangsa. Dalam ucapan tersebut jelas mengharapkan kerjasama ibubapa dan guru agar dapat sama-sama bermaufakat untuk memastikan segala program yang dirangka dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Ibubapa yang dilihat memberi reaksi positif dalam perbincangan pagi tadi diharap dapat menzahirkan suatu yang juga positif sepanjang program menjelang UPSR 2010 ini dijalankan. Menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik dan membimbing murid-murid manakala ibubapa pula sebagai pemantau di rumah bagi memastikan segala kerja rumah atau tugasan yang diberi oleh para guru dapat disiapkan dengan sempurna.
Program berakhir pada jam 11.30 pagi menyaksikan ibubapa kelihatan begitu puas dan nampak berkobar-kobar untuk melihat program yang dirancang ini berjaya. Diharapkan murid-murid juga berkobar-kobar seperti mana ibubapa mereka.
Sabtu, 23 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan