Bagi menjayakan program peningkatan pencapaian prestasi UPSR 2010, pembelajaran interaktif zoom-a diteruskan memandangkan keberkesanan program tersebut membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap kemahiran-kemahiran dalam setiap mata pelajaran yang dipelajari.
Topikal Murid boleh menguji soalan-soalan dengan memilih kemahiran-kemahiran yang ingin diuji
KlonMurid boleh menjawab soalan klon UPSR tahun 2005 hingga 2009
UjianMurid boleh menjawab soalan ujian yang akan disediakan oleh Guru, PPD, JPN dan juga KPM
Tidak dinafikan pada tahun lepas kita juga telah menggunakan program zoom-a ini, namun penggunaannya agak kurang memberansangkan memandangkan terdapat beberapa masalah dan kekangan tertutamanya kemudahan internet yang belum cukup meluas. Namun pada tahun ini penggunaan program ini diharapkan dapat kerjasama 100% pihak guru dan juga ibubapa tambahan pula melalui bancian yang dibuat sejak tahun lepas mendapati lebih 70% murid mempunyai kemudahan internet di rumah. Bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah boleh memanfaatkan kemudahan bilik akses yang terdapat di blok B.
Akaun zoom-a terbahagi kepada 4 jenis:
Akaun muridDigunakan oleh murid untuk menguji kemahiran mengikut topik, klon dan juga menjawab ujian yang telah dan akan disediakan dari semasa ke semasa.
Akaun Ibubapa/PenjagaDigunakan oleh ibubapa/penjaga untuk memantau markah murid setelah menjawab soalan ujian yang disediakan. Ibubapa dinasihatkan tidak memberi tekanan pada murid sekiranya mendapat markah yang rendah dalam ujian yang disediakan sebaliknya memberi dorongan serta tunjuk ajar agar mereka terus bersemangat untuk terus belajar.
Akaun GuruDigunakan untuk memantau aktiviti akses murid dan markah ujian disamping menyediakan ujian untuk dijawab oleh murid.
Akaun SekolahAkaun ini merupakan akaun terbesar disekolah. Sekiranya murid terlupa kata kunci atau password ianya boleh dikesan melalui akaun ini. Oleh itu sekiranya ibubapa, murid atau guru-guru mempunyai masalah terhadap penggunaan zoom-a ini bolehlah berurusan dengan En. Zamzami selaku penyelaras zoom-a.
*Murid perlu mengisi nama kelas pada profil untuk memastikan murid dibenarkan menjawab segala ujian yang disediakan pihak guru. Sekiranya nama kelas tidak diisi murid tidak dibenarkan untuk menjawab ujian.Semoga usaha pihak sekolah melanggan program ini dapat sama-sama dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh ibubapa dan guru dalam memastikan kecemerlangan dapat dicapai, Insyaallah.