Rabu, 3 Mac 2010

Majlis Khas Bacaan Yassin Tahun 6

Bagi memupuk semangat kerohanian terhadap diri murid-murid tahun 6.. pada setiap hujung bulan pada hari jumaat akan diadakan majlis khas bacaan yassin. Majlis bacaan yassin ini telah menjadi satu budaya sekolah sejak dulu lagi yang mana dapat mendidik murid agar sentiasa berharap kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh semasa menuntut ilmu, tambahan pula murid-murid tahun 6 akan menghadapai UPSR tidak lama lagi. Majlis ini juga diharapkan dapat sedikit sebanyak mengubah perilaku murid, melembutkan hati dan menyedari bahawa usaha sahaja tidak memadai andai tuhan dilupakan.

*Murid digalakan untuk membawa air putih atau mineral, kismis atau kurma.
*Murid perempuan diminta memakai tudung.

Majlis akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh : 26 Mac 2010
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan blok B
Penglibatan : Pentadbir, Semua guru tahun 6 & murid tahun 6